09 July 2009

7 JULY 09

Salam semua. Ketika ini jam menunjukkan pukul 10.33malam. Masih belum tidur lagi, sbb malam masih muda kan..huhuhu..Rutin hari ni berjalan lancar. Tapi agak keletihan turun naik tangga yang tah berapa kali dalam satu hari ni. Sangat penat rase kaki ni berjalan. Hari ni agak awal ke sekolah, pukul 7.30 da sampai. So pagi tadi bangun awal sikit dari semalam. Ngantuk gile. Mayb x biasa lagi kot. Dah lama-lama nanti biasa la. Huhuhuhu.
Hurm, hari ni luar biasa sikit. Xtau la nape rase sangat la bengang dengan student kat skola tu..sangat bising bila masuk lab. Pening kepala d buat nye. Itu blom saya start ngajar diorang lagi. Kalo saya ngajar diorang la, xtau la cmna keadaan nya. Ade jugak soksek-soksek dari budak-budak ni yang mengatakan saya ni garang!!!hahaha… macam x bole bla je kan. Celah mane la pulak garang. Maybe sebab saya jarang senyum kat diorang kot. Huhuhu.. Tapi Mr. A kata saya mmang nampak garang pon. Lagi la kalo x senyum. Hahaha. Xbole percaya betol.. Mane ade la, saya ni baik tau, bersopan-santun, lemah –lembut, berbudi bahasa. Wekwek. Malas nak layan. Perasan lebih.
Hurm, camna la agaknya keadaan rakan-rakan FS yang lain. Ada gak yang selalu update status job masing-masing dalam yahoo group. Tapi maaf la, saya x sempat nak story mory sangat, sebab agak sibuk dengan kerja-kerja yang ada. Maklumla, skola ni xde guru IT dan technician pun xde. Sekarang ni bole dikatakan 100% berkenaan dengan makmal komputer di pertanggungjawabkan kepada saya. Warghh!!..satu tugas yang amat berat dan mencabar. Lagi satu, saya tengah membuat planning tuk mengemas dan meng’update’ aktiviti-aktiviti bahagian ICT sekolah. Argh!!!tension. Yang jadi tension nye sbb buat sorang-sorang. Suma nak kena buat. Hurm, xpela..buat slow-slow je, pengalaman tu yang penting.
Hurm, abes da cite pasal keje ari ni. Next time update lagi. Nak tido da. Bub bye. ~salam- 10.53pm. ~With lots of love – Cik Akmar-

Tugas baru...

My first day @ skol. Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan (SMKSS). Hurm…satu pengalaman yang tak akan di lupakan sampai bila-bila. Bermula dari hari ini, blog ni akan selalu di update supaya ada entry2 baru untuk tatapan rakan sekalian. Wah-wah,sejak bila jadi skema pulak ni…hehehhe… Pagi tadi bangun dengan malasnya,walaupun semangat berkobar-kobar tuk memulakan tugas baru. Tapi entah kenapa, semangat hilang tiba-tiba. Mungkin apa yang berlaku pada hari semalam membuatkan semangat ni hilang entah ke mana. Pernah juga terdetik, kenapa perlu bersusah payah begini, namun semua ini di lakukan untuk melihat dia senang dan gembira. Huh, nevermind la. Perlu selalu ingat, ada hikmah di sebalik kejadian. Huhuhu…ape la cite suam-suam kuku kaki ni.. Let us start rutin harian ku hari ni…

Bangun seawal 6.30am. Mula bersiap-siap untuk ke tempat baru SMKSS. Hari pertama tak boleh lewat. Heheheh…rutin pagi macam biasa, perlu menghantar permata-permata hati ku ke sekolah dan lepas tu baru la ke tempat kerja. Tapi hari ni ada kelainan sikit. Jalan ke tempat kerja bukan jalan yang selalu di lalui. Hurm, i will miss the road and all the surrounding. Sampai di SMKSS lagi 5min kol 8.00am, so xla terlewat tuk lapor diri. Semua berjalan dengan lancar.

Hurm, kat SMKSS ada yang kenal saya. Mana tak nya, first person yang borak ngan saya dah kenal asal usul ngan kaum kerabat saya sekali. Wahwahwah, femes jugak la datuk, nenek, mak, bapak saya dulu kan. Hurm…nak buat cmna, dah dapat skolah dekat ngan rumah kan. Menghadap la..huhuhu.. Then, jumpa ngan pengetua. Pengetua ni pon saya kenal. Tapi dia dah x ingat saya dah.huhuhu..nasib baik..mana saya x kenal, pengetua ni penah jadi Guru Disiplin masa saya kat skola Labu dulu. Hurm, macam-macam. Pastu jumpa dengan Pen. Kanan Ko-K skola yang merupakan ustaz saya masa skola Labu dulu merangkap ayah kepada kawan saya iaitu Izyan Izdihar Binti Salim. Dan ustaz Salim ni jugak merupakan bestfren ayah ku semasa zaman muda-muda dahulu kala. Hahahahah… what a very-very good ‘condition’..hahahha.. xboleh la saya nakal-nakal kat cni..Kang tak pasal-pasal report card sampai ke tangan Pak Cik Yahya kang…huhuhu…

So, kedatangan ku ke SMKSS di sambut baik. Cuma ari ni agak keletihan mengenangkan kerja-kerja yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Must planning betul-betul. Hope sangat can do sumthing kat skola ni. Hurm, perkara yang agak lawak, rata-rata cekgu-cekgi kat skola tu tersasul panggil saya Puan Akmar…huhuhu…tah pape kan. Kat sini saya cuba tuk komersialkan nama SHAIDATUL AKMAR dengan jayanya..huhuhu..no more intan please. Another things, bila student panggil saya cikgu. Argghh…tidak… saya xnak d panggil cikgu. Bukan apa, title “cikgu” tu saya rasa amatlah berat tuk dipikul. Sebabnya diri ni tak layak tuk bergelar seorang guru. Huhuhu.. Tahla…tah pape la… hurm, walaupon ada orang tu bangga saya menjadi seorang cekgu, dia nak tengok saya jadi cekgu sbb dia dulu nak jadi cekgu tapi x kesampaian..huhuhu…macam-macam.. Credit To Mr. A..huhuhuThat’s all for today. After all, I’m heppy today with my new job. Thanks to Mr. A for giving me strength and all the advice. You are a great “teacher” for me. Beside it, I’m really miss all my “geng makan”. Maaf sebab semua nya berlaku dalam masa yang singkat dan tanpa sempat berbuat apa-apa. All da memories remain with me forever. Miss all of u. ~With lots of love – Cik Akmar-