13 December 2010

New life..~~

Hola..lame tak update blog..since so many things happened to my life.Hurm, where to start?don't have the clue yet...Act. banyak benda nak update.But lack of time to do so. I am already move on to another job. Recently working at Prodata, one of Felda subsidiary company as System Analyst. At last kan, cita-cita nak jd SA tercapai jugak..cita2 time study dulu....huhuhu..I am heppy with my new job, my new life..But, seriously i'm missing something.Anyhow, i don't know what it is.  Okies, will update later. Need to do assignment. Google system analyst image dapat gmbar ni ha...comel kan??belongs la sangat kan???


:: semangat tak??::
Till then,

With lots of love,
AKMAR

26 October 2010

~Today activity...

~Ari ni buat blog dengan budak2 PMR..macam2 kerenah..pening dibuatnya...
:: sumber - google image ::


Till then

Lots of Lurve,
AQMA

21 October 2010

~Tired...Flying without wings...

Dis week rasa penat sangat. Tak sal, mane ade sibuk sangat. Tapi banyak benda yang nak kena setel dan harus difikirkan. Banyak nak story mory. Tapi x berkesempatan nak update dlm blog ni. Ari ni ke school lambat sikit, sebab pergi setelkan problem adik yang dekat teknik PD tu. Ingat nak terus cuti je. Tapi disebabkan habis awal jugak la tadi, terus decide nak ke sekolah jugak.

Hurm...adik saya yg bertuah tu telah meng'fly'kan dirinya last nite. Alasan, bosan dok asrama. Bila tanya fly g mana? dia kata jalan2 kat pantai glory beach resort. naek ape g? jalan kaki je sebab dekat. Ya ampun..rajin la pulak nak g berjalan kaki kan. Kena jugak la sedas dua tadi daripada saya tuk dia. Tapi tak lah marah sungguh2. Sebab dia ni suka memberontak dari dalam. Entah lah, tak tau la nak buat camne lagi dengan adik saya sorang ni. Nasihat dah, sampai nak berbuih mulut nasihat. Pukul dah, sampai tak larat da nak pukul. Dia dah besar, dan da boleh fikir sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Sekarang ni just boleh pantau and kawal je la dia. Da penat nak buat pape da. Doa je kat Allah SWT supaya bukakan hatinya untuk berubah. Memang la klo budak lelaki dok asrama, tak sah kalo tak fly kan. Tapi jangan la sampai terkantoi dan libatkan banyak pihak. Susahkan orang lain je. Kesian kat mama and ayah. Anak 8 orang, macam2 kerenah dan perangai anak2 yg diorang kena handle. Hal ari ni ayah tak tau lagi, xnak bagitau dulu biar keadaan reda baru bole cakap. Ayah pun baru nak elok and still dalam treatment. So, kena jaga tu sume. Hurm..~~~~

:: Google Image -Flying without wings ::
Selesaikan masalah orang. Tapi masalah sendiri belum juga selesai lagi. Biarlah dulu, biar keadaan reda dan emosi stabil. For now da ok, just nak tunggu masa yang sesuai tuk decide. Sampai bila nak macam ni. Tiada penghujungnya. Moga Allah SWT tunjukkan jalan yang terbaik, yang boleh membahagiakan semua pihak. Things happen have a reason, just believe....apa yang berlaku ada hikmahnya..~~~
Till then.

Lots of lurve,
AQMA

15 October 2010

~Eat Pray Love..~

Last nite watching movie with the one. Baru tercapai hasrat mahu menonton Eat Pray Love after banyak halangan dan cubaan..hehhe..yela..time muvie ni kuar, tgh busy nak menghadap final exam lg. Thanks to kamu sbb teman sy smlm. Maaf menyusahkan kamu sbb terpaksa dtg selepas berhempas pulas menukar tayar..

~Eat Pray Love...
Overall cite ni ok n sweet..bole la..nape sy ckp bole la,sbb ade certain part yg buat sy mcm bosan ckit...huhuu..but,Julia Roberts sangat cute and sweet,i like..seorang wanita yang mencari sesuatu, mencari dirinya sendiri melalui pengembaraan merentasi Itali, India and Bali, Indonesia. Best nya lah kan kalo dapat jalan2 camtu. The most interesting place of coz sy sgt suka time dia kat Itali, sbb bnyak makanan..huhuhu..the sweet and touching part bile die kat Bali..n i really enjoy lakonan 'ketut'. Dia sgt kelakar dan comel. For this movie, bole la bg 3 stars. hehehe..mandai je nk rate2...


Pagi ni bangun nak p sekolah, sakit leher. Mybe sebab salah tido malam tadi. Petua orang tua kalo sakit leher sbb salah tidor, kena jemur bantal. Ekh? ape kaitan nye? salah sendiri kan. Nape bantal pulak yg jadi mangsa kena jemur?hehhee..

So now, time to work. Tgh tunggu nak upload website ke server. Sangat la lambat mcm ape tah...


Till then....

Lots of lurve,
~AQMA

14 October 2010

~10.10.10 dan Versus..

Im writing again...entry kali ni rasa banyak sangat benda nak update. huhuhu..Last week paper last exam yg jatuh pada hari ahad bersamaan dgn tarikh keramat 10.10.10. Ramai yg bercerita tentang tarikh berkenaan, lot of story..heppy, sad...suma ada. And for me, tak ade pape yg menarik tentang 101010.Same je dgn hari2 yg lain. Its time for celebrate, after selesai bertungkus lumus menjawab exam yg susah tu. Celebrate kah??huhuu...Selesai exam, trus p umah kak su sbb dia tunang ari tu. Ni gambar nye. Cilok dr fb kak su..Congrats kak su for the engagement..Doakan moga kak su dan pasangan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..~Amin...

:: Me wif Kak Su ::
After attend kak su nya majlis, singgah Kg Gadong umah kak ngah @ zaliza beraya sekaligus nak tgk baby nya yang dah besar da si qayyum tu. Hepy for them. Cikgu Azura n ecah da sampai kat umah kak ngah dulu b4 me. Berborak hampir sejam jugak la. Da lama tak jumpa kan. 

When reached home. Tros call ika, tanya dia novel ape yg dia nak suggest suh sy baca coz sy da free giler sbb tgh cuti sem kan.hehehe. So dia suggest suh sy baca 'VERSUS'. Then i ask, why versus? dia kata sbb sy perlu berubah kalo nak ke fasa seterusnya. Fasa seterusnya? Yup, marriage phase. Hurm...she didnt know my situation right now.. tiada sudah semua tu..hurm..~~~

3 days jugak amek masa nak habiskan baca Versus ni.Tak lah tebal sangat, ade 432 pages je. Tapi nape lama sgt nak habiskan?huhu..mybe sbb da lame sgt tak membaca novel. Dats y la..hehhehe...

~VERSUS..
Teach me how to be a good person..tell me that it is not easy to be good..define me, to make a change, must sacrifices a lot. And nobody perfect.
Selama ni, mudah sy mengatakan org tu baik. Disebabkan sy nampak org tu berbuat baik..then da jatuh hukum bahawasanya dia baik..bile nampak perempuan bertudung labuh menutup aurat, yes org tu baik..bile nampak org tu berpuasa sunat, yes mmg org tu baik..But, baik tu bukan bole define senang2 mcm tu je...rupanya selama ni dah banyak terpedaya pada stereotaip pemikiran masyarakat sekeliling..Baru sedar yg susahnya nak jadi baik, tapi perlu diusahakan...Hurm, alangkah bagusnya jika sy mempunyai semangat yg kuat seperti Minn Edina dan Ashraff Omar..penghijrahan mereka membawa kebahagiaan..mereka terpisah pada awalnya kerana broken communication..in every relationship..communication is very very important..yela, klo tak ber communicate..cmna nak sampai mesej yg nak disampaikan..igt bole aci main assume je? Assume = As u n me?hurm..~~

:: a must read novel!! ::
Overall.. VERSUS is best...a must read novel..i like it..next novel, will ask ika for suggestion..winkwink...bahagia kan xyah baca buku management!!hahahha...ok la, tu je dulu nk update...

Till then....

Lots Of Lurve,
~~AQMA

06 October 2010

~Working and Studying...

Hello readers,
I am writing again...just want to update what i am doing rite now...working and at the same time do revision and study for my Management Information System (MIS) final exam on dis coming Sunday..even it is an open books exam, but i feel very scared and must study very hard because of the mistake that i do in my International Business(IB) exam last week..and guarantee that my pointer will fall drastically dis semester..argh..!!!dont make me repeat IB subject once again....please~~~no need la...

Just now i already met and talk with En. Noh, our GPK here about how to apply GSTT...this for my backup plan if i cant get permanent job after my contract as FS end dis December...so, lunch hour nnti nak pergi JPNS tuk amek borang GSTT...hope so dapat pergi tghari nanti...owh ya...rasanya saya bole ajar subjek apa ya selain ICT???huhuhu

Okla, need to stop here...nak kena buat module for ICT jap..nak buat cross word puzzle..menci la...susah sangat kang....search je dlm internet..huhuhu...maximum use of internet kan..ape susah..sumber da ade...hehehhe...Till then...got to go...

~Lots of Lurve..
Aqma

05 October 2010

~sayang kamu

hurm....dah lama tak update blog..lately nk update, tp ade msalah pulak dgn internet...sukar nak dipastikan..kenapa dan mengapa ianya berlaku..huhuhu...bulan puasa da lame berlalu..raye pon da dekat nak sampai ke penghujung nya...dan saya..saya?ya, masih disini..seperti dahulu...huhuhu...ape la yg di merepekkan ni...ya..sy masih seperti dahulu...tiada apa yg berubah...hurm..~~~

Last week and also dis week is a very tough moment for me...work, assignment, final exam, family and also me myself...aik, diri sendiri pon bermsalah ekh??hahhaha..mcm2...dari mana nak mula, xtau...xpasti...yang pastinya sy tidak pernah rasa sebegini..lot of things happened in one time...and need to be settle down...hope everything can back to normal as soon as possible...
Celaru..kusut..serabut..itu yg bole nak define kan diri dan perasaan ketika ni...i still remember my best friend  yg gile tu...yg suke menambah..bile sy kate celaru...dia tambah celaru cencaru...bile sy kate kusut...die tambah kusut kasut...bile sy kate serabut...dia tambah serabut sabut...huhuhu..tah mane la die dapat, mmg lawak giler...gelak tak ingat sampai lupe masalah buat seketika...mmg tak fikir masalah dah masa tu...huhuhu..kat mana la dia agaknya sekarang...:(

Hurm...sekarang ni seseorang yg disayangi sedang terasa hati dengan diri ini...rajuk nya mmg serius kali ni..erkkk...penah ke dia tak serius??hurm...suma nya berpunca dari diri saya sendiri...i admit it...sangat memerlukan dia ketika ini...i miss u a lot...hurm...please bring back my dear....

Till then...

~Lots of lurve,
Aqma

30 August 2010

~Jodoh....

Just nak share info ni...dapat dari fb...hurm, renung2 kan dan selamat beramal...

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

~Lots of Lurve...

10 August 2010

~kecelaruan emosi...

 
I am writing this..but seriously, not in a good mood...
Something disturbing my feeling...
I don't know....should i or shouldn't i...

Its hurt when we cannot express...
What we want to say...
What we want to do...
What we want to have...
What actually inside this heart...

Good if others can know...
Good if others can hear....
Good if others can understand and feel it...
Without telling...

It is impossible...
Definitely impossible....:(



04 August 2010

~Adindaku....


~Just nak share lagu yg sedang bermain2 di kepala ku ketika ini.....lagu ni Lah Ahmad nyanyi..tajuk nya Adinda...oh kekanda ku..bila kamu mahu menyanyikan lagu ini untuk dinda...huhuhu..layannnn..
  • ADINDA...
"Di malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

Korus
Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu di hatiku
Semua yang kau mahu

(Ulang korus)

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa"

~With lots of lurve...

~Mamok and muffin....

Holla...im writing this again....kali ni nak story mory pasal mamok and muffin..huhuhu...before that nak wish Heppy Birthday tuk dia...yang ke 11 tahun...semalam besday dia..jadinya, dia mintak tolong buatkan muffin untuk di bawa ke sekolah..kononnya nak menjamu kawan2 kelas nya..huhuhu..kena dera la saye dengan adik sendiri....tak pe la..sayang punye pasal kan...

Pendekatan yang digunakan adalah sangat bagus..sebab nak sedekah la kiranya pada kawan2 kelas...tapi yang jadi mangsa tuk membuat muffin adalah kakaknya ni ha...smlam tanya dia,kawan2 ckap ape.."diorang cakap best lang,mintak bawak lg"..amboi2 budak2 ni..macam2..ade 2 org kawan nye tak dapat rase sebab budak2 lelaki kelas nya rakus mengambil 2 biji..ish2...kesian yang tak merasa tu..nnti klo akak rajin..akak buat lagi la ya...huhuhu...muffin nye simple je...muffin coklat chip...ni gambar sekitar proses pmbuatan muffin itu...tatap la ya..
:: adunan yang telah siap ::

Senang je nak buat muffin ni..cuma perlukan mood dan kesungguhan je....bile ade mood jadilah iya...huhuhu...


:: dah sedia untuk dibakar ::


Lepas da masuk dalam acuan..bakar selama 15-20 minit...tunggu la dengan sabar ya....


:: tada..da siap ::

Itu lah antara gambar yang dapat di capture semasa proses pembuatan muffin ni....blom sempat muffin nk sejuk..da separuh abes da...huhuhu..okies...itu je tuk ari ni...


"HEPPY BIRTHDAY TO MAMOK"


With Lurve...




02 August 2010

~Its Monday...


~Hye..today is Monday...permulaan hari tuk minggu ni...bila tiba hari isnin..nak keje pon malas...macam2 istilah dikaitkan dengan hari Isnin..Black Monday la..Monday Blues la..Monday Sickness la..macam2..for me Monday tetap Monday..keje tetap keje..huhuhu..

Today is the last day for my best friend Cik Norazah Abd Rahman working here..Dia dapat keje baru kat Bangi..dekat dengan My Dear house...hurm...tak leh nak hangout same2 lg after school...Azah ni GSTT kat skolah ni...almost 1 year la kami kat sini...Azah start keje kat sini 1 week b4 I lapor diri...so lot of memories here..dgn dia la lepak lame2 kat starbuck JJ Seremban 2 tu...dgn dia la layan cendol kat bangunan ijau yg terkenal kat Seremban tu ha...umah dia la yg I lepak time lari dr umah dulu...opps,lari dari rumah??hahahha...tak leh cite lebih2...hurm...jangan sedih2 ya...moga success di tempat baru...


Thanks for evrything dear...thanks 4 surprise bday party kat makmal komputer ari tu....gd luck...gonna mish u...okies, mau sambung buat keje pulak...bub bye...

~Lots of lurve....



30 July 2010

~End of July...

~Lame da tak update blog. Terasa nak update blog sendiri sebab tgh nak siapkan blog Pusat Sumber Sekolah. Bosan gile. Masih stay bekerja kat Sendayan ni. Almost 1year da and macam2 benda happened. Fuh gile bnyak kot...ari ni ari Jumaat, da last day bekerja. Minggu ni agak bz and minggu ni jugak minggu last bekerja tuk bulan Julai..Isnin nanti da masuk bulan Ogos..cepatnya masa berlalu. Malam kelmarin tgk Cuci the musical 2. Best sgt..gelak gile mcm nk pecah perut..huhuu..show tu mmg terbaik la..sgt kagum dgan setting nye..sungguh cantik..nape la time join teater dulu tak buat set yg gempak mcm tu?huhuhu..mase tu bajet ciput kot..


bawah ni sinopsis cuci the musical yg telah dicopy dr website http://www.cucithemusical.com :
CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.
Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.
Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).
Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.
Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.
Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Kepada kawan2 yg blom tgk teater ni..p la ramai2 tgk sbb anda tidak akn merasa rugi..book tike cepat..sbb dikabarkan 2show last tiket da abes..so, ape tunggu lg???p la beli tiket...

06 April 2010

~...2010 penuh cabaran

Assalamualaikum....

Its a long time I never updated dis blog...busy gile...mybe...huhuhu..yela..sangat sebuk...last updated pon last year...taun baru pun dah masuk..dah bulan ke empat dah pun....cepatnya masa berlalu..sedangkan aku masih terkapai-kapai....

Entah lah, semuanya seperti serba tidak kena...tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan cabaran dan ujian dari-Nya...Boleh dikatakan hampir semua aspek dalam kehidupan aku penuh dengan dugaan dan cabaran...dari segi kerjaya, study, life, family, relationship....semua lah..sehingga kan sampai satu tahap, boleh terduduk sendiri mengenangkan apa yang berlaku..mungkin ini ujian Tuhan pada aku...Tapi syukur, aku masih boleh menanggungnya sendirian...mungkin aku alpa dan leka dengan apa yang aku ada..membuatkan Tuhan mahu menguji aku dengan sebegini rupa..aku tak mengeluh, aku terima semua ini dengan redha dan penuh kesyukuran...Dalam masa yang sama, aku tahu yang Tuhan itu sangat sayang pada aku kerana aku dipilih oleh-Nya untuk diuji....Syukur, Alhamdulillah...

Aku perlu untuk membuat satu keputusan yang aku rasa sangat besar impaknya dalam hidup ku...satu keputusan yang akan mengubah seluruh perjalanan yang telah di atur selama ini...satu keputusan yang pasti...dan keputusan itu tak akan membuatkan aku menoleh kebelakang lagi...memang susah, tapi aku perlu..perlu untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar...dan semua orang perlu bahagia dengan keputusan ni...insyaAllah..moga Tuhan membantu aku jika ini jalan yang terbaik...Doakan aku walaupun dari kejauhan....~amin.....


~Lots of lurve....