~Lame da tak update blog. Terasa nak update blog sendiri sebab tgh nak siapkan blog Pusat Sumber Sekolah. Bosan gile. Masih stay bekerja kat Sendayan ni. Almost 1year da and macam2 benda happened. Fuh gile bnyak kot...ari ni ari Jumaat, da last day bekerja. Minggu ni agak bz and minggu ni jugak minggu last bekerja tuk bulan Julai..Isnin nanti da masuk bulan Ogos..cepatnya masa berlalu. Malam kelmarin tgk Cuci the musical 2. Best sgt..gelak gile mcm nk pecah perut..huhuu..show tu mmg terbaik la..sgt kagum dgan setting nye..sungguh cantik..nape la time join teater dulu tak buat set yg gempak mcm tu?huhuhu..mase tu bajet ciput kot..
bawah ni sinopsis cuci the musical yg telah dicopy dr website http://www.cucithemusical.com :
CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.
Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.
Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).
Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.
Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.
Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.
Kepada kawan2 yg blom tgk teater ni..p la ramai2 tgk sbb anda tidak akn merasa rugi..book tike cepat..sbb dikabarkan 2show last tiket da abes..so, ape tunggu lg???p la beli tiket...